Home Berita PAS Kedah

Dewan Pemuda PAS Kedah buat laporan polis terhadap Lim Kit Siang

43
SHARE

ALOR SETAR, 6 Julai : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah diketuai Ustaz Nurul Amin bin Hamid bersama ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Abd Hadi Omar  secara rasmi membuat laporan Polis atas kebiadapan  penasihat DAP, Lim Kit Siang di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Setar.

Dewan Pemuda PAS Kedah juga mendesak Lim Kit Siang membuat permohonan maaf secara terbuka diatas hantaran facebook beliau yang mengaitkan “Kerajaan Allah” dengan kegagalan kerajaan menangani Covid-19.

Dewan Pemuda PAS yang mewakili anak muda Islam serta sebahagian besar pengguna media sosial yang beragama Islam sangat marah dengan kenyataan biadap Lim Kit Siang.Anak muda sangat sayangkan agama Islam, sayangkan negara dan sangat hormati perlembagaan negara yang meletakan Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang mesti dihormati.

Lim Kit Siang telah menganggu bahagian akidah umat Islam yang sangat terpelihara kukuh dan kemas, maka dengan kenyataan Lim Kit Siang yang biadap itu Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah meminta:

1- Polis membuka siasatan diatas kenyataan biadap LKS

2- Taraf Kerakyatan LKS ditarik balik

3- Semua pihak terutamanya yang Islam yang bersama DAP, wajib membantah dan tidak memberikan sokongan kepada DAP .

4- Anak muda mesti tolak DAP oleh kerana pemimpin utamanya telah menunjukan sikap biadap dan bahaya terhadap agama dan negara.

Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Pemuda PAS Kedah
6 Julai 2021