Home Berita PAS Sabah

PKP 3.0 : Misi bantuan barang dapur anak-anak Yatim

30
SHARE

Oleh: Fadilah Nordin
Tarikh: 06 Julai 2021

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah melaksanakan misi bantuan barang dapur kepada anak-anak yatim berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Misi ini dilaksanakan selama dua minggu berturut-turut meliputi tujuh kawasan di Sabah iaitu Kudat, Sepanggar, Tawau, Kota Belud, Kalabakan, Putatan dan diakhiri di kawasan Libaran.

Lebih 50 orang anak yatim daripada 17 buah keluarga telah mendapat bantuan muslimat PAS sepanjang misi ini dilaksanakan.

Semasa misi dijalankan Muslimat PAS sempat memberi kata-kata dorongan kepada anak-anak yatim agar belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga.

Agihan disampaikan melalui wakil disetiap kawasan yang disenaraikan disebabkan pergerakan yang terhad sepanjang PKP 3.0 ini.

Antara yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan anak yatim ini adalah Nur Izzati Yusof, Ketua LKK DMPNS dan ahli jawatan kuasa LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan.