Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan media PAS Selangor : Pimpinan DAP kurang ajar – PJ PAS Selangor

23
SHARE

May be an image of 4 people, people sitting and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

PIMPINAN DAP KURANG AJAR : LIM KIT SIANG SENTUH SENTIVITI AGAMA ISLAM DAN RONNIE LIU GANGGU TUGAS PENJAWAT AWAM

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor

Tindakan kenyataan menghina agama Islam dengan memainkan ungkapan ‘Kerajaan Allah’ pasti akan mengundang kemarahan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Umat Islam sangat terkesan dengan tindakan kurang ajar Lim Kit Siang ini. Adakah beliau mahu pergaduhan antara agama berlaku di Malaysia yang cukup harmoni pada hari ini.?

Tindakan beliau ini juga disifatkan sebagai menghina Institusi Raja-Raja Melayu kerana Raja adalah Ketua Agama Islam negeri-negeri.
Beliau mesti dikenakan tindakan di bawah lunas undang-undang di atas kelakuannya ini.

Sementara itu pula, tindakan Ronnie Liu yang juga merupakan ADUN DAP Sungai Pelek Sepang Selangor ‘menggertak’ anggota Polis yang sedang bertugas dan seolah-olah menakutkan anggota awam dalam menjalankan tugas adalah sesuatu yang cukup biadap dan harus dikenakan tindakan undang-undang yang keras sebagai pengajaran.

Tindakan beliau boleh dikatakan mengganggu penjawat awam yang sedang bertugas.
Ketika diarahkan oleh pihak polis untuk menunjukkan surat rentas daerah/negeri pun amat sukar untuk beliau lakukan atau memang beliau telah melanggar arahan PKP.

Apa nak diharap kepada wakil rakyat yang sikapnya cukup biadap seperti ini. Atau memang ini ‘genetik’ dalam DNA DAP? Kalau diberi peluang untuk ‘genetik’ mereka berkerajaan lagi, pasti akan hancur negara kita nanti.

25 Zulkaedah 1442H | 6 Julai 2021