Home Berita PAS Melaka

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin Hargai Jasa Dan Pengorbanan Guru PASTI

1179
SHARE


Oleh : Abu Anas

JASIN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin menghargai jasa dan pengorbanan Guru-guru PASTI di atas komitmen mereka mendidik anak-anak bangsa tanpa jemu dan putus asa.

Justeru, Dewan Pemuda Kawasan Jasin menyediakan bantuan sejumlah set barangan dapur dan wang tunai untuk diagihkan kepada Guru-guru PASTI di sekitar Jasin.

Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, Ab Muis Ab Rahman berkata sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat membantu meringankan persiapan guru-guru menyambut Ramadan pada minggu hadapan.

Tambah beliau lagi, selain Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberikan kerajaan, usaha dan makanisma lain sedang digerakkan oleh Dewan Pemuda untuk membantu Guru-guru PASTI yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Mewakili seramai 57 orang Guru-guru PASTI di sekitar Jasin, sumbangan ini diterima oleh Pengerusi PASTI Kawasan Jasin Ustaz Mohd Hatta Abu Bakar dan Ketua Majlis Guru-guru PASTI Jasin Cikgu Salasiah.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin Ustaz Kamarudin Sedik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin Ab Muis Ab Rahman pada majlis ringkas yang berlangsung di PASTI As Salam, Bemban semalam.