Home Artikel PAS Melaka

Hikmah bersedekah mengeratkan persaudaraan, tidak mementingkan diri sendiri-PJ PAS Melaka.

650
SHARE

Oleh : Abu Anas

Jasin : Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan kepada golongan yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.

Selain mengeratkan persaudaraan, hikmah bersedekah juga mendidik masyarakat supaya tidak mementingkan diri sendiri.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sedik mengambil contoh sikap dan teladan yang ditunjukkan ketika zaman para sahabat RA yang hidup dalam serba kekurangan, mementingkan jiran tetangga yang lebih susah berbanding diri dan keluarga mereka.

“Konsep sikap mendahulukan orang yang lebih susah, perlu kita utamakan.

“Kita tidak tahu PKP ini sampai bila, mungkin sehingga Hari Raya atau berterusan selepas Hari Raya, sekiranya berpanjangan sudah tentu banyak pihak akan terjejas.

“Justeru semua PAS Kawasan melalui Dewan-dewan perlulah berganding bahu bersama Ngo membantu masyarakat sedaya mampu,” ujarnya lagi.

Tambah beliau situasi semasa wabak pandemik ini memerlukan bantuan disampaikan dengan kadar segera dan tepat pada sasarannya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan 50 set keperluan dapur dan wang tunai sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak melalui wakil-wakil setiap Dun dalam Parlimen Jasin untuk diserahkan kepada senarai penerima pada majlis ringkas anjuran PAS Kawasan Jasin dengan kerjasamama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Jasin di Bemban semalam.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Timbalan Pengerusi PAPISMA Cawangan Jasin, Dr Aizat Sofian.

PAS Kawasan Jasin melalui Ketua Penerangannya Ust Nurfaizal Nordin merakamkan ribuan terima kasih khususnya kepada PAPISMA Cawangan Jasin dan para dermawan yang telah menjayakan program bantuan ini.