Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Darurat COVID-19: Fokus urus wabak dan kestabilan politik

247
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Darurat COVID-19: Fokus Urus Wabak dan Kestabilan Politik

Masih ramai yang tidak jelas peranan darurat untuk melindungi negara daripada mudarat yang lebih besar.

Antara peranan yang utama adalah supaya sistem kesihatan dapat dijalankan secara menyeluruh kerana ia membuka lebih banyak peluang yang tidak tersedia di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kesannya, prosedur untuk para doktor dipindahkan mengikut keperluan semasa di setiap hospital lebih mudah. Malah, peminjaman ubat-ubatan yang diperlukan untuk melawan wabak COVID-19 juga dapat disegerakan. Hal ini sangat memudahkan urusan petugas barisan hadapan menyelamatkan nyawa rakyat.

Seterusnya, dalam tempoh darurat, sebarang bentuk Pilihan Raya tidak akan diadakan demi kemaslahatan menjaga nyawa rakyat yang lebih utama. Tidak mustahil peningkatan mendadak kes COVID-19 berlaku seperti yang terjadi semasa PRN Sabah lalu.

Namun, ia tidak menghalang hak demokrasi di negara kita kerana masih ada kuasa semak dan imbang antara badan eksekutif dengan kuasa rakyat secara tidak langsung.

Disamping peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 diperkenan KDYMM Tuanku yang dibarisi pakar-pakar dalam segenap bidang termasuklah wakil kerajaan dan pembangkang didalamnya.

Sepanjang tempoh darurat diperkenankan, lebih RM340 bilion telah diperuntukkan melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi bagi meneruskan kelangsungan hidup rakyat.

Jadi hentikanlah budaya polictiking dalam fasa yang genting ini. Desakan agar PRU diadakan atau membubarkan kerajaan yang sedia ada adalah satu tindakan yang bakal mengeruhkan lagi keadaan dan mengganggu fokus utama semua pihak dalam menangani wabak COVID-19.

PAS memuji kebijaksanaa YDPA dalam menangani krisis politik ketika Pakatan Harapan memerintah. Keputusan YDPA itu memberi impak yang besar kerana berjaya menyelamatkan pentadbiran negara daripada terus menerus dirosakkan oleh individu yang hanya mempunyai kepentingan tersendiri.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
8 Jun 2021 | 26 Syawal 1442