Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Dana RM 2 Juta Untuk Kolej Universiti Selatan

2693
SHARE


Kenyataan Media Penerangan. 263/134
03 Jamadil Akhir 1440 | 08 Februari 2019

DANA RM 2 JUTA UNTUK KOLEJ UNIVERSITI SELATAN

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menempelak tindakan Kementerian Kewangan yang menyalurkan dana berjumlah RM 2 juta kepada Kolej Universiti Selatan baru-baru ini.

2. Sebelum ini, sejumlah peruntukan juga telah disalurkan kepada Kolej Universiti New Era. Semua dana tersebut bukan dari Kementerian Pendidikan, sebaliknya adalah dana khas dari Kementerian Kewangan.

3. Beberapa gambar telah tular di media sosial. Antaranya, gambar Ahli Parlimen Iskandar Puteri YB Lim Kit Siang memegang ‘mock cheque’ yang berjumlah RM 2 juta dari Kementerian Kewangan.

4. Difahamkan Lim Kit Siang sendiri telah menyampaikan cek berkenaan kepada pihak kolej. Adakah Lim Kit Siang mewakili anaknya, Menteri Kewangan dalam program tersebut?

5. Tiada peruntukan khas untuk Kolej Universiti sepertimana Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam Belanjawan 2019.

6. Kementerian Kewangan tidak wajar untuk menggunakan dana khas sewenang-wenangnya untuk Kolej Universiti yang ternyata lebih moden dan canggih sehingga menafikan peruntukan kepada pihak yang lebih memerlukan.

7. Apakah justifikasi Menteri Kewangan kali ini untuk menyalurkan dana tersebut?

Islam Memimpin

Sekian.