Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selebriti Berhijab: Semoga Terus Istiqamah

322 views
SHARE

Selebriti Berhijab : Semoga Terus Istiqamah
AMEERAH MALAYSIA

1. Allâh Azza wa Jalla memerintahkan kepada isteri-isteri nabi dan wanita beriman untuk menutup aurat mereka sebagaimana firman-Nya :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka !” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allâh adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Ahzâb/33:59]

2. Ameerah Malaysia memuji keputusan ramai artis wanita Muslimah masa kini yang memilih untuk berhijab, lantas dengan pengaruh mereka sebagai selebriti memberi kesan yang besar kepada peminat.

3. Lantaran itu kami ingin mengucapkan tahniah kepada selebriti terkenal Jihan Muse yang mana tular baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mula berhijab.

4. Berhijrah bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi seorang diri, ia memerlukan pengorbanan dan jihad yang besar terutama dari sudut emosi.

5. Sebagai saudara seislam, kami menumpang rasa syukur dan rasa terpanggil berkongsi nasihat untuk sama-sama kita istiqomah mengerjakan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

6. Kita ini manusia biasa, ”Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban), jadi kita perlulah mempersiapkan diri kita untuk menghadapinya dengan cara carilah support group yang boleh membimbing kita untuk terus istiqomah.

7. Sepertimana Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai”. (Hadis riwayat Ahmad)

8. Carilah kumpulan Usrah yang dapat memberi bimbingan dan menjadi pemangkin untuk kita terus istiqomah, sesungguhnya berada dalam lingkungan yang sama dengan kita akan membangkitkan semangat dalam diri.

9. Buat saudara Muslimah yang memilih untuk menanggalkan hijab setelah sekian lama menutup aurat, kami mendoa’kan kalian akan kembali menyarung hijab. Terkadang manusia keliru dan tak terdaya apabila berhadapan ujian menguji iman, namun semoga kalian terus dipayungi hidayah Allah untuk kembali menutup aurat demi redhaNya.

10. Akhir sekali, Ameerah Malaysia mendoakan semua wanita muda di Malaysia dapat terus istiqamah berhijrah kepada kebaikan dan meninggalkan unsur-unsur tidak baik agar kita dapat sama-sama bertemu di syurga nanti.

Pengarah Ameerah Malaysia,
Husna Hashim
08 Februari 2019 | 03 Jamadilakhir 1440H

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Jemput Subscribe Media Rasmi Kami :

💚 Like Facebook Ameerah Fan Club
📮 https://www.facebook.com/AmeerahMalaysia
💚 Subscribe Messenger Gram
📮 https://telegram.me/AmeerahMalaysia
📮 @AmeerahMalaysia
💚 Like Twitter Ameerah Malaysia
📮 https://www.twitter.com/AmeerahMalaysia
💚 Follow Instagram Ameerah Fan Club
📮 https://www.instagram.com/Ameerah_Malaysia_Official