Home Berita PAS Johor

DACS Muar anjur pendakian Bukit Mor

127
SHARE

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 13 Feb : Program Hiking Bukit Mor telah diadakan anjuran DACS (Department Of Arts, Culture And Sport) Muar di sini, semalam.

DACS yang merupakan salah satu entiti DPP Muar telah berkerjasama dengan Ameerah Muar, Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Maharani dan turut dibantu Bukit Mor Hikers Society Club.

“Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menyertai program ini,” jelas Ketua Pemuda, Hadi Abu Bakar yang turut serta mendaki bukit tersebut.

Beliau juga turut mengisi slot tentang matlamat hidup sebagai seorang muslim.

Pendakian bermula jam 8.30 pagi itu telah sampai ke puncak bukit selepas satu jam lebih kemudian.

Sementara wakil dari pihak KPJ, Syamilla Md Deris menyampaikan slot berkaitan kepentingan mematuhi SOP ketika kes Covid 19 kini semakin meningkat.

Seorang wakil Bukit Mor Hikers Society Club juga turut menekan kesedaran menjaga kebersihan tempat rekreasi dan tatacara mendaki bukit dengan selamat.

Sekitar jam 11.20 pagi, semua peserta selamat turun ke kaki bukit.

Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan edaran agihan makanan tengah hari kepada semua yang terlibat.

“Seramai 21 orang peserta cabutan bertuah mendapat hadiah berupa hamper yang disumbang oleh pihak Ameerah Muar.

“Saya mewakili pihak penganjur mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan program, ” ujar Hadi ketika dihubungi pihak WR Johor.