Home Rencana PAS Selangor

Jangan sampai kalah jadi arang – Setiausaha BPPN Selangor

113
SHARE

May be an image of fire and outdoors

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Pagi tadi sejurus mahu melangkah keluar masjid saya disapa oleh seorang ahli jemaah, seorang kenalan pesara kanan kerajaan. Beliau terus bertanya kerana kenal saya, “Macam mana pendirian PAS, ikut mana”.

Saya beritahu ringkas, insyallah PAS sebagai sebuah gerakan Islam akan kekal menjuarai jajaran politik perpaduan ummah, tiada pilihan lain.

Beliau dan saya yakin jutaan umat Melayu Islam dalam negara risau dan gusar melihatkan kenyataan beberapa pimpinan politik kebelakangan ini.

Presiden Umno kelihatan keras begitu juga Presiden Bersatu. Masing-masing mahu memilih jalan sendiri. Inilah yang membimbangkan ramai di luar.

Sesungguhnya umat Melayu Islam tidak mahu lagi memperjudikan masa depan mereka dengan menaikkan gabungan yang didominasi DAP. Mereka mahu kuasa politik ummah dipetkasa dan mentadbir negara dengan penuh adil dan saksama.

Tetapi perkembangan kebelakangan ini tidak melihatkan langit akan cerah. Kita seolah sedang kembali ke pertembungan asal. Berpatah arang berkerat rotan sesama sendiri. Akibatnya kaduk kembali naik junjung.

PAS bagaimana?

Ramai yang mengharapkan PAS menjadi pendamai. Bukankah PAS sebuah gerakan Islam dan kesemua pemegang taruh berkongsi satu aqidah selain rumpun yang sama. PAS lah kena terbit dengan cadangan dan jalan penyelesaian. Kita semua mahu selamatkan negara agar kuasa kekal dipegang oleh kelompok majoriti, tiada lagi dominasi minoriti atas majoriti.

Perhatian ummah diberi pada PAS. Dan pasti pimpinan PAS sedang menyelongkar khazanah ilmu Islam berpandukan nas untuk memimpin para pemegang taruh agar kembali bermuafakat demi ummah jangan sampqi bercerai-berai.

Ketepikan perbezaan dan agenda peribadi yang penting adalah nasib dan masa depan ummah.

Saya tertarik membaca sepotong komen dari mereka di akar umbi dalam FB seorang pemimpin:

“Buat kajian betui-betui bohh…
Jangan nanti, kalah jadi Abu…menang jadi arang…
Sama-sama berputih mata…kerana mempertahankan ego masing-masing.”

Pilihan kita hanyalah jajaran politik perpaduan ummah, insyallah rakyat dan negara akan bersama kita.

3 Oktober 2021 | 26 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor