Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Tiada kes kematian, 309 kes positif baharu

229
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 1 Sept: Tiada kes kematian, sementara 309 kes positif baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Kata laporan itu lagi, daripada 309 kes positif baharu tersebut, 306 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiga kes daripada kategori kes import B dan tiada kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 161 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 98 kes di Daerah Jasin dan 50 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 481 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7545 kes masih dirawat dengan 72 kes adalah daripada kes ICU dan 22 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 309 kes hari ini ialah, 87 kes melibatkan kluster kilang; 122 kes melibatkan kontak keluarga; tiada kes melibatkan institusi penjara; 23 kes melibatkan tempat kerja bukan kilang; sementara 53 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 15.0 juta rakyat Malaysia telah mengambil satu doz vaksin sementara 19.7 juta pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

KKM juga melaporkan sebanyak 18,762 kes positif baharu, 278 kes kematian baharu dan 21,073 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 265,274 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia hari ini berjumlah 1,765,016 kes.

Selangor pula masih kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 3711 kes, diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 2430 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.