Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah kepada seluruh ahli keluarga Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa

118
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, Anggota Tentera Darat 10 Briged (Para), yang telah kembali ke Rahmatullah setelah ditemui lemas pada 8.15 pagi, 1 September 2021.

Almarhum yang merupakan seorang anggota Tinjau dari Pasukan Kompeni PANDURA (Para) dikhabarkan lemas ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais Para Predator Siri 1/2021 pada 29 Ogos lalu.
Didoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
1 September 2021 | 23 Muharram 1443