Home Berita PAS Kedah

Komuniti Pengusaha Rumah inap mohon bantuan lebih proaktif

62
SHARE

Oleh : NORJULIANA YAACOB

YAN : Pertubuhan Komuniti Rumah Inap Daerah Yan memohon tindakan yang proaktif daripada pihak berkuasa untuk membantu mereka yang terkesan dengan musibah banjir kepala air Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu.

Pemilik Rumah Inap Alang Kenari Profesor Nor Hayati Ahmad berkata mereka sangat berbesar hati dengan kehadiran pihak PAS kawasan Jerai.

“Bila kami ditimpa musibah begini rasa seperti terduduk dan tak mampu nak buat apa-apa..ini adalah peristiwa pertama kali berlaku,” katanya. Katanya, Daerah Yan merupakan lokasi yang sangat cantik dan dikenali ramai orang.

“Masalah keperluan asas seperti air yang sering terputus memberi kesan buruk kepada kami para pengusaha rumah inap,” katanya. Selain itu, kesan daripada banjir berkenaan sungai menjadi semakin cetek. “Kerja-kerja mengorek sungai perlu dilakukan segera bagi memastikan air hujan tidak melimpahi tebing,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata pihaknya turut menyampaikan sedikit bantuan kepada mereka sebagai tanda ingatan dan simpati ke atas musibah yang menimpa.

“Diharapkan mereka bersabar dan insya-Allah kita akan panjangkan permasalahan yang mereka hadapi dan isu-isu yang dibangkitkan kepada pihak atasan,” katanya. Hadir bersama Yang DiPertua PAS Jerai Ustaz Musodaq Ahmad dan ADUN Sungai Limau YB Ustaz Azam Samat.