Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Kluster baharu – Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain

239
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 21 Apr : Satu kluster baharu iaitu Kluster Pengkalan Batik telah telah dikesan di Daerah Alor Gajah melibatkan institut pengajian iaitu Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain.

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Tambah JKNM, kes indeks merupakan pelajar berusia 17 tahun berasal dari Selangor yang telah dikesan melalui saringan bergejala.

Laporan itu juga menjelaskan bahawa seramai 36 orang kontak rapat dikesan positif daripada 186 orang yang disaring.

Tambah laporan itu lagi, selain kluster baharu itu, kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Teknologi Lot Enam, Kluster Jalan Mata Kuching, Kluster Malim Jaya dan Kluster Jalan Gapam.

Sementara itu sebanyak 63 kes positif baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini dengan 57 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, manakala enam kes lagi adalah daripada kategori import, kata JKNM.

Jabatan itu juga melaporkan sebanyak 13 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 256 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan empat kes ICU dan dua kes bantuan alat pernafasan.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 24 mukim berada di zon hijau, enam mukim berada di zon kuning dan satu mukim lagi dalam kategori zon jingga.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 15 mukim di dalam zon hijau, 14 mukim lagi di dalam zon kuning dan satu mukim dalam zon jingga.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 16 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara lima lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2340 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini.

Untuk hari ini Selangor pula mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 526 kes, diikuti oleh Sarawak yang mencatatkan 429 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 381,813 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .