Home Artikel PAS Kedah

ADUN Tanjung Dawai Selesai Masalah Penduduk

152
SHARE

MERBOK – Ziarah menjadi kesempatan bagi wakil rakyat bersua muka dan melihat sendiri keadaan kehidupan penduduk yang menjadi tanggungjawab di bawahnya.

ADUN Tanjung Dawai, Hanif Ghazali setiap hari menetapkan rutinnya untuk melawat penduduk di mana telah berkunjung ke Kampung Batu Hampar, di sini semalam.

Selain bertanya khabar dan mengambil maklum perkembangan penduduk diziarahinya, kedatangan beliau juga selalunya bersama sumbangan untuk diberikan.

Terutama kepada golongan asnaf sebagai keprihatinan dan curahan belas ihsan dalam meringankan ujian atau beban kehidupan sedang ditanggung oleh mereka yang demikian.

Kebiasaannya, kehadiran Hanif adalah bersama dengan Ketua Kampung atau JPKK serta para pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai.

Antara sumbangan diberikan meliputi khairat kematian, bantuan anak ke pusat pengajian tinggi, fakir miskin, pendaftaran e-Sinar, membaiki rumah rosak, pembinaan rumah, PERKESO dan Tabung Anak Sejahtera.

Kesempatan bersua muka dan melihat sendiri kehidupan warga juga menjadi peluang kepadanya menerangkan usaha-usaha dibuat oleh pihak kerajaan negeri.

“Masalah air di sini InsyaAllah sedang diatasi dan kerja-kerja oleh kontraktor juga akan mula dilaksanakan.

“JPKK kampung boleh ambil masalah-masalah penduduk bawa ke Penghulu dan Penghulu akan bawa ke Pejabat Daerah untuk tindakan lanjut,” kongsi ya.

Turut bersama adalah Pengerusi JPKK Batu Hampar, Zahir Abu Seman dan Setiausaha PKWR, Samad Saleh serta Penyelia Zon, Abd Aziz Abd Rahman.