Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Dua kluster baharu

287
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 11 Sept: Sebanyak dua kluster baharu Covid-19 melibatkan tempat kerja direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Dua kluster itu baharu itu ialah Kluster Jalan Sungai Udang dan Kluster Teknologi Cheng Lot Satu.

Kluster Jalan Sungai Udang setakat ini melibatkan 50 kes positif daripada Kes Import B sementara Kluster Teknologi Cheng Lot Satu pula adalah kluster tempat kerja melibatkan kilang dengan 64 kes positif direkodkan setakat hari ini.

Kes positif baharu

Menurut JKN Melaka lagi, sebanyak 490 kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini dengan 440 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiada kes daripada kategori kes import A, 47 kes daripada kategori kes import B dan tiga kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 305 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 69 kes di Daerah Jasin dan 116 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 319 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7442 kes masih dirawat dengan 68 kes adalah daripada kes ICU dan 32 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 490 kes hari ini ialah, 124 kes melibatkan kluster kilang; 160 kes melibatkan kontak keluarga; tiga kes melibatkan institusi penjara; 70 kes melibatkan tempat kerja (bukan kilang), sementara 92 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Kes kematian

Menurut JKN Melaka, sebanyak sembilan kes kematian baharu direkodkan hari ini, dua kes dikesan di Daerah Alor Gajah melibatkan mangsa wanita berumur 38 dan 85 tahun.

Enam kes lagi direkodkan di Daerah Melaka Tengah melibatkan tiga mangsa lelaki berumur 36, 73 dan 78 tahun dan tiga mangsa wanita berumur 57, 65 dan 71 tahun, sementara satu kes lagi direkodkan di Daerah Jasin melibatkan mangsa lelaki berumur 33 tahun.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.