Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 7 kematian, 292 kes positif baharu

106
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 23 Sept: Sebanyak tujuh kes kematian dan 292 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut jabatan itu lagi, daripada tujuh kes kematian baharu itu, lima daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan tiga orang mangsa wanita berumur 44, 77 dan 78 tahun dan dua orang mangsa lelaki berumur 59 dan 61 tahun.

Dua lagi kes kematian melibatkan masing-masing satu kes di Daerah Alor Gajah dengan mangsa berumur 67 tahun dan satu kes di Daerah Jasin melibatkan mangsa berumur 56 tahun di mana kedua-duanya adalah lelaki.

Kes positif baharu

Menurut JKN Melaka, daripada 292 kes positif baharu itu, kesemua kes adalah daripada kategori kes tempatan dan tiada kes daripada kategori kes import atau kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 231 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 25 kes di Daerah Jasin dan 36 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 456 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 6066 kes masih dirawat, berkurang berbanding 6230 kes semalam dengan 48 kes adalah daripada kes ICU dan 23 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Kluster baharu

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 13,754 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 14,990 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,156,678 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1985 kes diikuti oleh Johor dengan 1913 kes.


PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.