Home Berita PAS Selangor

Dana prihatin perpaduan Gombak – PAS Kawasan Gombak

6
SHARE

May be an image of 6 people and text that says "DanaPrihatin PERPADUAN GOMBAK 5624 0564 0793 Lajnah Perpaduan Nasional Dana akan digunakan untuk program-program perpaduan antara kaum dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan Sebarangaabg 019-300 2649 f Perpaduan Nasional PAS Gombak"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 23 September – Lajnah Perpaduan Nasional PAS Gombak sangat prihatin dan cakna terhadap kesukaran rakyat termasuk golongan yang berpendapatan rendah serta golongan yang terjejas, lebih-lebih lagi dimusim pandemik COVID-19 ini.

Pelbagai program ziarah dan santunan telah dibuat bertujuan memudahkan urusan kehidupan penduduk tempatan. LPN PAS Gombak ingin mengajak kita semua untuk bersama-sama membantu meringankan beban masyarakat dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Menurut mereka, “Dana ini juga akan digunakan untuk pengurusan program-program perpaduan antara kaum di Gombak”.

Semoga urusan menyampaikan bantuan dan mengeratkan perpaduan masyarakat di Gombak dipermudahkan dan juga semoga bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban yang ditanggung para penerima.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor