Home Rencana PAS Selangor

Latihan Simulasi Bersepadu (Mock Drill) JAMNS 2021 – Pengarah JAMN Selangor

10
SHARE

May be an image of 3 people and text that says "JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI SELANGOR MOCK DRILL JAMNS 2021 LATIHAN SIMULASI BERSEPADU TARIKH 25 SEPT 2021 (SABTU) JAM : 9.00 PAGI KEM BANGHURIS TEMPAT SEPANG Y4G #Youth4Green"

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Mock Drill kali ini adalah satu latihan dalaman Jabatan Amal yang diadakan untuk menilai kemampuan dan kecekapan seluruh anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) didalam mengurus-tadbir operasi Bencana yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 25 Sept 2021
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 ptg
Tempat : Kem Banghuris, Sepang

Pemeriksaan secara menyeluruh akan dilakukan terhadap setiap aset-aset yang dimiliki oleh AMAL Kawasan yang hadir bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan selamat.

Latihan ini juga dilaksanakan untuk memberi ruang kepada setiap anggota JAMNS untuk berkongsi ilmu dan pengalaman didalam mempelajari teknik mengurus-tadbir operasi dengan lebih baik dimasa akan datang.

Anggota JAMNS juga akan mempelajari cara-cara penyelengaraan yang betul tehadap jentera / mesin / peralatan operasi dan juga cara pengendalian yang selamat.

Dengan kawalan SOP yang ketat, melibatkan mereka yang lengkap 2 dose vaksin dan sihat tubuh badan, serta tidak mempunyai sejarah kontak rapat mana-mana kes Covid-19 maka diharapkan ia berjaya dilaksanakan dengan baik.

Seeru ala Barakatillah

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor