Home Berita PAS Selangor

70 pemain bola sepak terima sumbangan bakul makanan – BPPN Selangor

24
SHARE

70 Pemain Bola Sepak Dibawah Persatuan Bolesepak Melayu Selangor Terima Sumbangan Bakul Makanan – “Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Lizamuslim

Ampang, 31 JULAI 2021- Seramai 70 orang pemain bolasepak di bawah Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai.

Sumbangan ini disampaikan oleh Dato’ Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato’ Dr Ahmad Yunus bin Hairi selaku Penasihat Persatuan Bolasepak Melayu Selangor.

May be an image of 7 people, people standing and people sitting

Turut serta hadir En Mohd Firdaus bin Mohamed, Presiden Bola Sepak Melayu Selangor merangkap Naib Presiden FAM dan Datuk Ramlan Askolani Pengerusi BN Lembah Pantai merangkap Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).

Dato’ Pesuruhjaya juga diiringi oleh Hj Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir Setiausaha Perhubungan PAS Selangor dan juga Hj Khasim bin Abdul Aziz YDP PAS Ampang.

Program ini dianjurkan di The Challenger Sport Center, Ampang, pada 10 pagi dengan pantauan 2 pegawai polis bagi memenuhi keperluan SOP.

May be an image of 4 people and people standing

Seramai 20 orang pemain bolasepak telah hadir menerima sumbangan manakala baki pemain akan menerima sumbangan bakul makanan melalui PAS Kawasan Kawasan diseluruh Selangor.

Sesi sidang media dan sesi penggambaran mengakhiri pertemuan ringkas ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor