Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 50 kes baharu

380
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 13 Feb : Sebanyak 50 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 50 kes itu, 29 daripadanya adalah kes tempatan, lima kes Import B manakala 16 lagi adalah kes banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 50 kes itu juga, 33 kes dikesan di Melaka Tengah, sembilan kes di Alor Gajah sementara lapan kes lagi dikesan di Jasin.

JKNM juga melaporkan sebanyak 132 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, 937 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC termasuk sembilan kes ICU sementara lapan kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Industri Serkam, Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Jalan Bukit Baru dan Kluster Tekonologi Berendam.

Selain itu, tambah laporan itu, kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan, Kluster Industri TTJ Negeri Sembilan, Kluster Jalan Ithnin Johor dan Kluster Jalan Gombak.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, sembilan mukim berada di zon hijau, 21 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga manakala satu mukim dalam zon merah iaitu mukim Sungai Baru Tengah (84 kes)

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, tiga zon hijau; 21 mukim di dalam zon kuning; enam mukim di dalam zon jingga; dan hanya satu mukim kini masih di dalam zon merah iaitu mukim Bandar Melaka (59 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, tujuh adalah di dalam zon hijau; 12 adalah dalam zon kuning; satu mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (1358 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3499 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1345 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 802 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 261,805 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.