Home Berita PAS Melaka

Kejiranan yang baik tanda masyarakat sejahtera – YDP PAS Alor Gajah

365
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 13 Feb : “Hubungan kejiranan yang baik adalah antara aspek yang sangat penting dalam melahirkan masyarakat sejahtera dan melaluinya juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk.

“Rasullullah bersabda melalui hadis Riwayat Muslim yang bermaksud sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.”

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika ditemui semasa program Ziarah Kasih Gadek semalam di Taman Pisang Mas Jaya yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG), di sini, semalam.

Dalam program tersebut, Ustaz Syahbudin telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada beberapa keluarga.

Para penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada DPPKAG atas sumbangan ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Program ziarah dijalankan secara ringkas dan dengan skala kecil demi menjaga amalan pencegahan Covid-19.

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda DPPKAG, Khanapiah Nor dan Timbalan Ketua Pemuda DPPKAG, Mohd Afif Che Roselam.

PAU USTAZ
Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113

TEPEN FROZEN YONG TAU FOO
Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera – Bahrum : 011-16964842