Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 459 kes positif, 7 kes kematian baharu

257
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 5 Sept: Sebanyak 459 kes positif dan tujuh kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 459 kes positif baharu yang direkodkan hari ini, 452 kes adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori kes import dan tujuh kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 240 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 64 kes di Daerah Jasin dan 155 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 339 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7319 kes masih dirawat dengan 72 kes adalah daripada kes ICU dan 24 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 459 kes hari ini ialah, 155 kes melibatkan kluster kilang; 152 kes melibatkan kontak keluarga; tujuh kes melibatkan institusi penjara; tujuh kes melibatkan tempat kerja bukan kilang; sementara 125 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Kes kematian

Menurut JKN Melaka, daripada keseluruhan kes kematian hari ini, sebanyak empat kes direkodkan di Daerah Melaka Tengah dengan keempat-empatnya adalah mangsa lelaki berumur 30, 45, 46 dan 58 tahun.

Dua kes lagi direkodkan di Daerah Alor Gajah melibatkan mangsa lelaki berumur 44 dan 79 tahun manakala satu kes lagi dikesan di Daerah Jasin melibatkan mangsa wanita berumur 58 tahun.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 15.8 juta rakyat Malaysia telah mengambil satu doz vaksin sementara 20.4 juta pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

KKM juga melaporkan sebanyak 20,396 kes positif baharu, 336 kes kematian baharu dan 20,573 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 255,789 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia hari ini berjumlah 1,844,835 kes.

Selangor pula masih kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 3886 kes, diikuti rapat oleh Sarawak yang mencatatkan 3747 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.