Home Berita PAS Melaka

Haji Adam aktivis yang banyak berinfak untuk PAS – Cikgu Arshad

116
SHARE
Almarhum Haji Adam Majid

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 5 Sept : Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Arshad Md Som menyifatkan Almarhum Haji Adam Majid, 76, sebagai seorang yang kuat membantu dan berinfak untuk parti.

“Selama ni arwah ni memang banyak bantu PAS dari segi kewangan dan material. Sebagai contoh beliau memberi kebenaran untuk PAS Cawangan Lendu menggunakan sebahagian tanah tapak rumahnya sebagai markaz cawangan.

“Malah, belanja untuk membina apa-apa bangunan dan renovasi markaz cawangan ini dia yang keluar duit sendiri,” ujar beliau yang lebih mesra disapa sebagai Cikgu Arshad.

Cikgu Arshad Md Som (Kanan berbaju putih)

Mengimbas sejarah perjuangan Almarhum Haji Adam yang merupakan mantan Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu itu, beliau menambah bahawa Almarhum telah menjadi aktivis PAS sejak era 80an lagi.

“Arwah aktif dalam PAS dah lama. Seingat saya sejak era tahun 80an lagi. Dan arwah ni antara pengasas penubuhan PAS Cawangan Kampung Lendu ni.

“Masa tu memang tak ramai ahli dan aktivis PAS tapi beliau memang seorang yang kuat semangat dan tabah,” ujar Cikgu Arshad lagi.

Beliau berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika ditemui di upacara pengebumian jenazah Almarhum di Tanah Perkuburan Islam Lendu Dalam, di sini, petang tadi.

Almarhum Haji Adam menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 11 malam tadi di rumahnya di Batu 17, Kampung Lendu.

Terdahulu jenazah telah disolatkan saudara mara dan kenalan terdekat Almarhum di Masjid Lendu selepas solat Asar.

Turut hadir dalam upacara pengebumian tadi ialah Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu, Mohamad Nasri Jaafar.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.