Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 45 kes baharu – Kluster Telok Mas

275
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 15 Apr : Sebanyak 45 kes baharu adalah daripada Kluster Telok Mas daripada keseluruhan 53 kes baharu yang direkodkan di negeri Melaka hari ini.

Demikian dinyatakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu petang tadi.

Daripada keseluruhan 53 kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, tujuh kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiga kes daripada kategori import dan 43 kes lagi daripada kategori banduan / OKT/ PATI.

JKNM juga melaporkan sebanyak 16 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 220 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua kes ICU dan satu kes bantuan alat pernafasan.

Laporan itu juga berkata kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Teknologi Lot Enam, Kluster DTI Machap Umboo, Kluster Jalan Mata Kuching, Kluster Malim Jaya dan Kluster Jalan Gapam.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 23 mukim berada di zon hijau dan lapan mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 12 mukim di dalam zon hijau, 16 mukim lagi di dalam zon kuning, dan satu mukim dalam zon jingga.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 14 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara tujuh lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan jumlah keseluruhan kes baharu di seluruh negara melepasi semula paras 2000 kes dengan merekodkan 2148 kes hari ini.

Sarawak hari ini kembali mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 512 kes, diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 459 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 367,977 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .