Home Berita PAS Melaka

Pena editor Melaka : Bila hati sudah hitam, wakaf pun dipersendakan.

259
SHARE

BARU-BARU ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan sempena bulan Ramadan.

Kempen ini sebagai galakan untuk umat Islam di negara ini untuk berwakaf terutama dalam bulan suci ini.

Tapi yang menyedihkan ramai orang yang mengaku Islam tapi tanpa segan silu mempersendakan program yang menjadi salah satu tuntutan agama tersebut.

Golongan ini tidak tahu bahawa betapa sistem wakaf ini menjadi salah satu elemen penting dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi Islam.

Universiti Al Azhar yang telah beroperasi ratusan tahun itu hidup segar hanya dengan kaedah wakaf. Ia berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan.

Hujung tahun lepas Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menandatangani program usahasama wakaf untuk membantu program-program tambahan berkaitan penyediaan kemudahan air untuk rakyat marhain.

Program wakaf seperti ini membuka ruang kepada mereka yang berkemampuan untuk sama-sama berkongsi pahala membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Sesetengah manusia yang nama sahaja Islam tetapi tidak nampak keindahan Islam yang menjadikan konsep wakaf sebagai salah satu aktiviti yang sangat digalakkan.

Lalu saya teringat pada bait-bait dalam lagu Kalah Dalam Menang nyanyian Samsul Yusof dan Mawi :

Mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah

Orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Sabarlah walaupun kau sedang kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa

Barangkali mereka yang mempersendakan wakaf ini adalah jenis orang yang mengaku Islam tetapi sebenarnya hidup menganut sekularisme yang jauh daripada agama.

Apa yang ada dalam kepala mereka hanyalah logik akal semata-mata. Sebab mereka meratibkan ‘rakyat tengah susah, mana rakyat nak cari duit nak wakaf?’.

Saya rasa mereka ini hidup hanya memikirkan ‘apa yang aku dapat?’ dan bukannya ‘apa yang boleh aku sumbangkan?. Itulah perjuangan mereka.

Sesetengah orang hanya memikirkan tentang logik, kerana itu mereka berkata tidak logik untuk suruh rakyat berwakaf di saat rakyat tengah susah. Mereka lupa soal rezeki dan keberkatan kurniaan Allah swt apabila kita menunaikan tuntutan-Nya.

Seperti bait lagu Kalah Dalam Menang tadi “Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit. Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit.” Tapi mereka tidak akan faham konsep ini.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa tidak diwajibkan menteri-menteri berwakaf? Mana mereka tahu menteri-menteri tidak berwakaf?

Perlukah menteri-menteri ini menguar-uarkan amal jariah mereka? Takut-takut menteri yang dipersoalkan itu sudah pun berwakaf. Dan takut-takut yang bertanya tu yang tak berwakaf.

Apa pun semoga usaha kerajaan PN ini akan mendapat rahmat daripada Allah swt dan dipermudahkan dan dilepaskan kita semua daripada kesukaran ini.

IBNU JANIE
Editor
Berita PAS Melaka dan WARM

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .