Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 44 kes positif baharu

314
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 16 Jan : 44 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini dengan 41 daripadanya adalah daripada kes tempatan manakala tiga lagi adalah daripada kes Import B.

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Berikut adalah perincian kes dinyatakan di dalam poster infografik di bawah ini:

Tambah laporan itu lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Dialisis Malim, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Rambai, Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air dan Kluster Tembok Kemus sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

JKNM juga melaporkan, sebanyak 462 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk sembilan kes ICU sementara tiga kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Laporan itu juga menunjukkan hanya mukim Telok Mas (95 kes) masih berada di dalam zon merah hari ini sementara tiga mukim lagi di dalam zon jingga iaitu Taboh Naning (23 kes), Cheng (38 kes) dan Serkam (37 kes).

11 daripada 31 mukim di daerah Alor Gajah, 25 daripada 29 mukim di daerah Melaka Tengah dan lapan daripada 21 mukim di daerah Jasin berada di dalam zon kuning hari ini.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 4029 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana ini adalah rekod tertinggi pernah dicatatkan semenjak wabak ini mula melanda negara.

Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 1466 kes dan diikuti oleh Johor yang mencatatkan 719 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.