Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Taraf sah diperlakukan matawang lama Malaya ditamatkan

218
SHARE

16 JANUARI 1969 (KHAMIS)

PADA hari ini dalam tahun 1969, taraf sah diperlakukan matawang lama Malaya ditamatkan. Keputusan ini telah dipersetujui oleh Malaysia, Singapura dan Brunei berikutan wang kertas dan duit lama Malaya yang berada dalam edaran Malaysia, Singapura dan Brunei, telah banyak ditebus.

Jumlah matawang Malaya yang ditebus di Malaysia, Singapura dan Brunei dalam tahun 1969, berjumlah $12 juta Malaya. Ini menjadikan jumlah yang ditebus sehingga akhir bulan Disember 1969 adalah sebanyak $1,488 juta Malaya.

Gambar hiasan (Kredit Foto : Google)
Gambar hiasan (Kredit Foto : Google)

Bank Negara Malaysia yang bertindak sebagai agen Penyelaras Lembaga Pesuruhjaya Matawang Malaya dan British Borneo telah menukar matawang lama ini dengan matawang Malaysia. Ekoran itu, bank-bank perdagangan serta pejabat cawangan Bank Negara turut menjalankan kegiatan yang sama.

Walaupun terdapat sebilangan kecil peniaga di seluruh negara masih menerima matawang lama namun kebanyakan golongan peniaga menyambut baik langkah kerajaan ini.

Skrip: Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia