Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 4 kematian, 339 kes positif baharu

128
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 25 Sept: Sebanyak empat kes kematian dan 339 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut jabatan itu lagi, daripada empat kes kematian itu, dua daripadanya dikesan di Daerah Alor Gajah dengan kedua-dua mangsa lelaki berumur 46 dan 79 tahun.

Sementara dua lagi kes kematian melibatkan seorang mangsa wanita dari Daerah Melaka Tengah berumur 42 tahun dan seorang lelaki dari Daerah Jasin berumur 34 tahun.

Laporan kes positif

Menurut JKN Melaka, daripada 339 kes positif baharu itu, 337 kes adalah daripada kategori kes tempatan dan masing-masing satu kes daripada kategori kes import B dan kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 226 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 27 kes di Daerah Jasin dan 86 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 282 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 5942 kes masih dirawat, meningkat berbanding 5889 kes semalam dengan 40 kes adalah daripada kes ICU dan 24 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kluster

Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Jalan Graha Makmur yang dikesan di Daerah Melaka Tengah yang merupakan kluster tempat kerja melibatkan 32 kes positif setakat hari ini.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 13,899 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 14,554 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,185,131 kes.

Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2712 kes, diikuti oleh Selangor dengan 2341 kes,
Johor (1377), Kelantan (1170), Perak (1128), Pulau Pinang (1060), Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Kuala Lumpur (310), Negeri Sembilan (194), Putrajaya (37), Perlis (17) dan Labuan lima kes.

 

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.