Home Berita PAS Johor

Cenderahati Kuih Bulan Kukuhkan Perpaduan

29
SHARE

Cenderahati Kuih Bulan Kukuhkan Perpaduan

Oleh: Refidah Mohd Sheh

Pasir Gudang, 25 September: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ), Roslita Rohani telah menyampaikan cenderahati berupa Kuih Bulan kepada Ketua Wanita Gerakan Negeri Johor, Susan Yong Fui Ling sempena program tahunan LPN DMPNJ iaitu ‘Kuih Bulan Perpaduan’.

Program tahunan ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam keluarga Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.

Menurut Roslita, cenderahati sebagai tanda ingatan ini benar-benar menggembirakan Ketua Wanita Gerakan Negeri Johor tersebut kerana telah menyantuni mereka melalui perayaan Kuih Bulan ini.

“Kita juga berharap semoga hubungan sebagai sebuah keluarga Malaysia yang berbilang bangsa ini terus dapat dijaga dengan sentiasa bertoleransi dan menghormati hubungan sesama kaum demi keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia”, ujar beliau.

Selain itu, program yang diadakan dalam keadaan norma baharu ini juga turut dihadiri ahli jawatan kuasa Lajnah Perpaduan Nasional dan Wanita Gerakan.