Home Berita PAS Selangor

Serah terima wakaf air Syabab Care Malaysia di Kedah – Naib KP PAS Selangor

7
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Fadzli Abu Bakar

KEDAH, 25 September – Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kami ucapkan kepada semua pewaqaf telaga Syabab Care yang sudi menyumbang dana untuk beberapa projek waqaf telaga yang kami usahakan di Pantai Merdeka, Kedah.

Ia merupakan kerjasama bersama YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim, ADUN Pantai Merdeka untuk mengatasi masalah air di DUN Pantai Merdeka. Alhamdulillah sebanyak 4 buah telaga waqaf telah dibina di tempat seperti berikut:

1. Maahad As Sofwah Lil Banat, Padang Tembusu, Sungai Petani.

2. Pondok Nizamul Hayyah, Kg. Tukang Jusoh, Kuala Muda.

3. Pondok Nizamul Hayyah Lil Banat, Kg. Telok Ambon, Kuala Muda.

4. Surau Al Hilal, Kg. Pulau Sayak, Kuala Muda.

InsyaAllah, sumbangan waqaf anda ini telah dimanfaatkan untuk pelaksanaan projek penyediaan bekalan air kepada penduduk luar bandar yang berada jauh dari sistem bekalan paip utama kampung sekitar persisiran Pantai Merdeka, Kedah.

Semoga wakaf anda diberkati Allah swt dan didoakan agar ganjaran pahala kekal berpanjangan sebagaimana mengalirnya air kepada pengguna. Jazakumullah khayral jaza’ kepada semua pewakaf.

Terima kasih kami ucapkan kepada YB Ust Ahmad Fadzli Hashim, ADUN Pantai Merdeka dan seluruh petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka yang banyak membantu kami sepanjang kami melakukan kerja-kerja korek telaga di sini.

Ayuh kita waqafkan harta kita untuk manfaat ummah. Sesiapa yang berminat untuk waqaf, boleh hubungi kami di talian 016-2259002.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor