Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 36 kes baharu hari ini

287
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 27 Mac : Sebanyak 36 kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 36 kes tersebut 34 kes adalah daripada kategori kes tempatan, sementara dua kes lagi adalah daripada kategori Banduan/OKT/PATI.

JKNM juga melaporkan sebanyak 32 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 255 kes masih dirawat di Hospital Melaka termasuk dua kes ICU.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Kampung Gedang, Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Jalan Haji Malek, Kluster Teknologi Lot Enam dan Kluster DTI Machap Umboo sementara kluster luar yang ada kaitan dengan kes Melaka ialah Kluster Jalan Satang (HKL) dan Kluster Bunga Tanjung Bendahara (Kedah).

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 27 mukim berada di zon hijau dan hanya empat mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 11 mukim di dalam zon hijau, 17 mukim lagi di dalam zon kuning, dan satu mukim dalam zon merah iaitu mukim Batu Berendam.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 16 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara lima lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1199 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 283 kes, diikuti oleh Sarawak yang mencatatkan 267 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 340,642 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.

Kita sambung promo jimat untuk Ramadan. Tak payah nak kalut menumis lama untuk memasak atau tak tahu nak makan apa untuk sahur. Ada 1 set ‘Sambal IBU’ sari dah cukup untuk masak nasi goreng ayam, nasi goreng kampung, mi goreng, bihun goreng, ayam/ikan berlada, telur sambal dan lain-lain lagi mengikut citarasa anda.
Atas permintaan, sekarang IBU sari dah ada produk baharu iaitu Pes Cili Kering Pedas, Pes Cili Api Pedas dan Pes Asam Pedas. Sambal Hitam pun masih ada…
PM jer jika mencari set produk yg affordable, jimat, mudah dan cepat. Saya sedia membantu😊