Home Kenyataan Media PAS Perlis

Usah Politikkan Isu Air, Sama-sama Cari Penyelesaian Untuk Rakyat

468
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERLIS
USAH POLITIKKAN ISU AIR, SAMA-SAMA CARI PENYELESAIAN UNTUK RAKYAT

1. Penduduk di beberapa kampung dalam DUN Sanglang berdepan dengan gangguan bekalan air akibat masalah paip yang pecah menyebabkan air tidak sampai kepada pengguna.

2. Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan para petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sanglang yang bekerjasama dengan Syarikat Air Perlis (SAP) dalam memastikan bekalan air sampai kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

3. Namun demikian, DPPNPs menyesali tuduhan yang diterbitkan di portal MalaysiaDateline yang bertajuk “ADUN PAS GAGAL SELESAI MASALAH AIR DI SANGLANG” yang dilihat cuba menimbulkan persepsi yang buruk kepada ADUN Sanglang.

4. DPPNPs ingin mengingatkan semua pihak bahawa budaya politik mencari salah merupakan suatu budaya yang sudah lapuk, sebaliknya budaya politik penyelasaian perlu ditonjolkan supaya rakyat mendapat manfaat.

5. DPPNPs juga sedang dalam usaha untuk mengatur pertemuan bersama Syarikat Air Perlis bagi mendapatkan penjelasan dan mencari solusi berkaitan permasalahan ini.

6. DPPNPs turut melihat bantuan daripada kerajaan pusat dalam membantu menukar paip baru di Perlis amat diperlukan memandangkan kadar Non-Revenue Water (NRW) negeri ini amat parah hingga mencapai angka 60%.

7. Tahniah juga kami ucapkan SAP yang telah berjaya memulihkan bekalan air yang berlaku di DUN Sanglang khususnya dan di seluruh negeri Perlis.

Yang benar,
HAZIQ ASYRAF BIN DUN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
28 Mac 2021 | 15 Syaaban 1442H