Home Berita PAS Melaka

Keluarga sakinah : Rahsia falsafah ‘pakaian’ menurut Al-Quran

295
SHARE

Oleh IBNATDEEN

TANGGA BATU, 27 Mac : Di dalam Al-Quran, menerusi surah Al- Baqarah ayat 127, Allah SWT membuat perbandingan tentang peranan suami dan isteri dengan menggunakan analogi ‘pakaian’.

Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail memetik beberapa makna yang tersirat di sebalik penggunaan ungkapan ‘pakaian’ ketika diminta mengulas tentang tips ke arah membina keluarga sakinah dalam diskusi Melaka Update pada Khamis lepas.

Menurut beliau, menerusi surah Al-A’raf ayat 26, Allah SWT telah menerangkan dua fungsi pakaian iaitu menutup aurat dan sebagai perhiasan.

“Jadi, kita dalam keluarga, suami wajib menutup keaiban isteri. Isteri wajib menutup keaiban suami.

“Kita sebagai suami isteri wajib menutup keaiban keluarga kita. Apa-apa kekurangan jangan diceritakan kepada masyarakat luar,” ulasnya.

Selain itu, tambah beliau lagi, keluarga mesti dihias dengan perhiasan yang paling baik iaitu ketakwaan di mana suami isteri perlu bertakwa kepada Allah SWT dan berusaha membina ahli keluarga yang bertakwa kepada Allah SWT

Mengulas falsafah yang seterusnya, Ustaz Wan Zahidi memetik ayat ke- 59 surah Al- Ahzab yang mengaitkan pakaian yang bertindak sebagai identiti diri.

“Dalam menjalani kehidupan, kita mesti berusaha membina keluarga beridentiti Islam. Jadikan keluarga kita keluarga beridentiti Islam,” jelas beliau.

Pakaian juga menurut beliau berperanan sebagai perlindungan kepada diri si pemakai seperti dinyatakan dalam Surah An-Nahl ayat 81.

“Suami bertanggungjawab melindungi isteri. Isteri melindungi suami. Suami dan isteri menjaga anak-anak. Tidak berlaku keganasan rumah tangga ataupun penderaan,” jelasnya

Ustaz Wan Zahidi menyimpulkan jika falsafah pakaian ini mahu dilaksanakan dengan sempurna, semuanya perlu bermula dengan ilmu.

Program diskusi Melaka Update ini telah disiarkan secara langsung dalam talian di laman Facebook rasmi PAS Melaka dikendalikan oleh moderator Mohammed Saufee Othman.

Kita sambung promo jimat untuk Ramadan. Tak payah nak kalut menumis lama untuk memasak atau tak tahu nak makan apa untuk sahur. Ada 1 set ‘Sambal IBU’ sari dah cukup untuk masak nasi goreng ayam, nasi goreng kampung, mi goreng, bihun goreng, ayam/ikan berlada, telur sambal dan lain-lain lagi mengikut citarasa anda. 

Atas permintaan, sekarang IBU sari dah ada produk baharu iaitu Pes Cili Kering Pedas, Pes Cili Api Pedas dan Pes Asam Pedas. Sambal Hitam pun masih ada…
PM jer jika mencari set produk yg affordable, jimat, mudah dan cepat. Saya sedia membantu😊