Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 3 kematian, 261 kes positif baharu

69
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 16 Okt: Sebanyak tiga kematian dan 261 kes positif baharu direkodkan hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada tiga kes kematian baharu yang direkodkan itu, dua daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan mangsa lelaki berumur 56 dan 52 tahun manakala satu kes lagi dikesan di Daerah Jasin melibatkan mangsa lelaki berumur 52 tahun.

Laporan kes positif baharu

Menurut JKN Melaka, daripada 261 kes positif baharu yang direkodkan hari ini, 248 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, satu kes daripada kategori import A, lima kes daripada kes import B dan tujuh kes kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 163 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 39 kes di Daerah Jasin dan 59 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 100 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 3055 kes masih dirawat, bertambah berbanding 2897 kes semalam dengan 14 kes adalah daripada kes ICU dan satu kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kluster

Sebanyak 32 kluster dilaporkan masih aktif manakala tiada kluster baharu atau kluster tamat pada hari ini.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 7509 kes baharu direkodkan hari ini meningkat sedikit berbanding 7420 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,384,542 kes.