Home Rencana PAS Selangor

Salam takziah kepada keluarga mendiang S.Krishnan – KPen DHPP Selangor

16
SHARE

May be an image of 2 people, people standing and text

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Harii Khana
Ketua Penerangan DHPP Selangor

Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor (DHPP) telah menerima sebuah berita dukacita daripada bumi Hulu Selangor dimana seorang permata DHPP, Tuan S.Krishnan yang merupakan Timbalan Ketua DHPP Hulu Selangor telah meninggal dunia.

Dilaporkan bahawa beliau telah meninggal dunia pada 14/10/2021 di kediaman beliau, disebabkan serangan sakit jantung.

Mendiang merupakan seorang ahli yang sangat komited bersama PAS Selangor. Mendiang juga merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas di balai polis Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Beliau aktif dalam DHPP dan sangat istiqamah bersama PAS. Mewakili seluruh ahli DHPP Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian salah seorang ahli keluarga yang dicintai. DHPP Selangor amat berdukacita atas kehilangan beliau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor