Home Rencana PAS Selangor

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada mantan KP DPPG – SRITI Gombak

16
SHARE

May be an image of 1 person and text

“SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor

Oleh : SRITI Gombak

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Gombak baru2 ini menyaksikan Ustaz Mohd Taufik telah melepaskan jawatan Ketua Pemuda bagi memberikan laluan kepada saf kepimpinan yang baru.

Sekalung Penghargaan diucapkan kepada Ustaz Mohd Taufik Mohamed Yusof sebagai Mantan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Gombak merangkap Penasihat Ahli Lembaga Pengurusan SRITI Gombak.

Segala tenaga, usaha dan masa Ustaz Mohd Taufik dalam membantu SRITI Gombak dan SRITI AL-MUSTAQIM khususnya sangatlah dihargai.

Difahamkan Ustaz Mohd Taufik bakal berhijrah ke negeri Jelapang Padi dan akan memfokuskan kepada Maahad Tahfiz As Syabab (MATAS) di Guar Chempedak dalam misi Membina Generasi Huffaz. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Siiruu ala’ barakatillah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor