Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 289 kes positif baharu

31
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 15 Okt: Sebanyak 289 kes positif baharu direkodkan hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 289 kes positif baharu yang direkodkan hari ini, 275 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori import A, enam kes daripada kes import B dan enam kes kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 192 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 43 kes di Daerah Jasin dan 54 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 251 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 2897 kes masih dirawat, bertambah berbanding 2859 kes semalam dengan 16 kes adalah daripada kes ICU dan satu kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kematian

Tiada kes kematian direkodkan di negeri Melaka hari ini.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini, satu kluster dilaporkan tamat iaitu Kluster Industri Cheng 12 manakala 32 kluster dilaporkan masih aktif.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 7420 kes baharu direkodkan hari ini berkurang berbanding 8084 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,377,033 kes.

Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1163 kes, diikuti oleh Sarawak dengan 1009 kes, Kelantan (838), Johor (787), Sabah (720) dan Pulau Pinang (539).

Kedah pula merekodkan 428 kes, Terengganu (426), Pahang (356), Perak (302), Kuala Lumpur (265), Negeri Sembilan (199), Perlis (54), Putrajaya (39), sementara Labuan pula hanya merekodkan enam kes.