Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Pulau Pinang sentiasa bersolidariti dan berdiri teguh bersama rakyat Palestin

25
SHARE

KEPALA BATAS, 16 OKTOBER – PAS Pulau Pinang akan sentiasa bersolidariti dan berdiri teguh bersama rakyat Palestin di dalam misi perjuangan mereka membebaskan Al-Quds daripada cengkaman rejim Zionis Israel, demikian tegas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Beliau bercakap demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Ketua Kesatuan Ulama’ Palestin Cawangan Asia Tenggara Sheikh Dr. Sheikh A’hid Abu Alatta di Markaz Tarbiyah PAS Pongsu Seribu dan turut dihadiri oleh pimpinan harian Badan Perhubungan PAS negeri Pulau Pinang.

Sheikh Dr. Sheikh A’hid dalam ucapannya menyatakan ucapan terima kasih daripada seluruh rakyat Palestin kepada rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Pulau Pinang yang telah membantu mereka dari segi kewangan dan moral.

“Saya sangat teruja dan berbangga dengan solidariti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa terhadap rakyat Palestin dan ianya satu perkembangan yang positif dan menarik kerana kezaliman Zionis Israel kini sudah diketahui oleh seluruh masyarakat dunia dan semuanya mengutuk kekejaman yang Zionis lakukan”. Ujar Sheikh Dr. A’hid.

Pada masa yang sama, Ustaz Muhammad Fauzi dan Sheikh Dr. A’hid sempat berbual dan berbincang juga mengenai hubungan akrab Malaysia dan Palestin serta isu-isu semasa umat Islam sekarang ini.

“Insya-Allah PAS terutamanya di Pulau Pinang akan sentiasa bersama rakyat Palestin dan kami sentiasa mendoakan semoga Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa yang menjadi milik umat Islam dibebaskan daripada cengkaman penjajahan Israel kerana ia sememangnya kewajipan kita bersama untuk pertahankannya”, ujar Ustaz Fauzi.

Dalam akhir pertemuan Sheikh Dr. A’hid menghadiahkan sebuah buku cenderamata kepada Ustaz Muhammad Fauzi dan PAS Pulau Pinang juga menyampaikan sumbangan untuk rakyat Palestin.