Home Berita PAS Selangor

Program ziarah Muslimat PAS Puchong – DMPK Puchong

23
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

PUCHONG, 15 Oktober – Saf Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Puchong diketuai Puan Hajah Norzaihan Ismail bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Puan Hajah Wan Hasrina Wan Hassan, telah mengambil kesempatan menziarahi keluarga adik Muhammad Hawwas.

Rombongan tersebut dilaporkan, turut disertai Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Adik Mohd Hawwaz adalah pelajar PASTI Lestari PUTRA bersama 4 lagi adik-beradiknya menjadi yatim piatu apabila ayahnya meninggal dunia pada bulan Julai dan diikuti ibunya yang meninggal pada hari khamis lepas.

Menurut Muslimat PAS Puchong, kini 5 beradik yatim piatu tersebut akan dijaga oleh datuk dan nenek mereka sebelah ibu mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor