Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 156 kes baharu!

321
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 18 Jan : 156 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti yang dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 156 kes baharu itu, 111 daripadanya adalah kes tempatan, empat adalah daripada kes Import B, manakala 41 lagi adalah kes banduan/OKT/PATI.

Berikut adalah perincian kes dinyatakan di dalam poster infografik di bawah ini:

JKNM juga melaporkan, sebanyak 564 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lapan kes ICU sementara tiga kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 17 mukim berada di zon hijau; 12 mukim berada di zon kuning dan satu mukim di dalam zon jingga iaitu mukim Taboh Naning.

Sementara daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, tiada zon hijau; 23 mukim di dalam kuning; empat mukim di dalam zon jingga iaitu mukim Bachang, Bandar Melaka, Bertam dan Bukit Katil; dan dua mukim lagi di dalam zon merah iaitu mukim Cheng dan Telok Mas.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, lima adalah di dalam zon hijau; 15 adalah zon kuning; dan satu dalam zon jingga.

Tambah laporan itu lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Pantai Peringgit, Kluster Dialisis Malim, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Rambai, Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air dan Kluster Tembok Kemus sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3306 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 1213 kes dan diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 432 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.