Home Artikel PAS Sarawak

Ziarah Bantuan Mangsa Banjir

272
SHARE

Oleh : Maimunah Zamri

Kota Samarahan, 17 Jan 2021 – Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kota Samarahan dengan kerjasama Kebajikan PAS Kota Samarahan telah mengadakan program ziarah di sekitar Kampung Pinang dan Kampung Meranek, Kota Samarahan semalam.

 

Ziarah prihatin ini bertujuan untuk menghulurkan bantuan dan menyumbangkan sedikit keperluan dapur kepada masyarakat yang terjejas akibat banjir.

Sebanyak tujuh buah keluarga dan 18 buah keluarga di KamPung pinang dan Meranek telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti neras, gula dan sebagainya.

PAS prihatin dan menganggap program sebegini sewajarnya diteruskan bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan terutamanya di musim banjir ini.

Orang ramai terus diseru bagi sama-sama bahu membahu antara jiran tetangga dalam menghadapi musibah ini