Home Artikel PAS Sarawak

Amal Mega Blood Donation Sarawak (AMBD 2021) Dapat Sambutan Masyarakat

308
SHARE

Bintulu, 16 Jan : Semalam, telah berlangsung Program Amal Mega Blood Donation peringkat Negeri Sarawak, bertempat di ruang legar Masjid At Taqwa Bintulu.

Program ini mendapat pendaftaran secara dalam talian seramai 35 orang, namun keadaan lebih memberansangkan apabila sambutan hangat kehadiran peserta walk-in melebihi 100 orang.

Jabatan Amal Negeri Sarawak menjadi tunggak perlaksanaan program ini dengan kerjasama hospital Bintulu bertujuan memenuhi keperluan tabung darah di hospital tersebut yang semakin berkurang.

Turut hadir Saudara Fiderus Husaini, Naib Ketua PAS Bintulu, Saudara Ariffin Rosli sebagai wakil Jabatal Amal Sarawak dan Saudara Sazlan Suili merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Bintulu.

Dalam ucapan beliau, Ariffin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hospital Bintulu, AJK Masjid At Taqwa dan kepada ahli masyarakat prihatin yang sudi menjayakan program derma darah ini.

Jabatan Amal juga berazam untuk meneruskan lagi program komuniti sebegini pada masa akan datang selagi ia bermanfaat untuk setiap ahli masyarakat.

Oleh : Laila Muhammad