Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 15 kes baharu

333
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 18 Apr : Sebanyak 15 kes positif baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Daripada keseluruhan 15 kes positif baharu itu, empat kes adalah daripada kategori kes tempatan, manakala 11 kes lagi adalah daripada kategori import.

JKNM juga melaporkan sebanyak sembilan kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 226 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan masing-masing satu kes ICU dan kes bantuan alat pernafasan.

Laporan itu juga berkata kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Teknologi Lot Enam, Kluster DTI Machap Umboo, Kluster Jalan Mata Kuching, Kluster Malim Jaya dan Kluster Jalan Gapam.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 24 mukim berada di zon hijau dan tujuh mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 15 mukim di dalam zon hijau, 13 mukim lagi di dalam zon kuning dan satu mukim dalam zon jingga.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 15 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara enam lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2195 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini.

Sarawak hari ini masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 508 kes, diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 431 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 375,054 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .