Home Artikel PAS Sabah

PAS Papar teruskan sumbangan berkala Ramadan

247
SHARE

18 April 2021
Oleh: Nurizyan Haziqah binti Hussin

PAPAR: PAS Kawasan Papar buat kali keempat mengedarkan sumbangan kepada asnaf yang dibuat secara berkala pada bulan Ramadan.

Sumbangan berbentuk barang keperluan asas telah diagihkan kepada 35 orang penerima bertempat di Kampung Kelanahan Rimba Papar.

Ketua Pemuda PAS Papar, Hendri bin Hamsah menyampaikan sumbangan kepada asnaf di dalam program serahan sumbangan itu tadi dan beberapa AJK PAS Kawasan Papar juga turut hadir meraikan penerima sumbangan.

“Semoga program agihan sumbangan ini dapat menggembirakan penerima walaupun tidak sebesar mana”, kata Hendri dalam ucapannya.

Pada akhir program, urus setia mendapat maklum balas daripada penerima yang mengucapkan rasa syukur dan mengharapkan program sebegini dapat membantu serba sedikit asnaf yang sangat memerlukan serta mendoakan kesejahteraan kepada semua yang telah memberi sumbangan sama ada dari segi wang mahu pun tenaga.

Berdasarkan maklumat yang diterima, agihan sumbangan ini akan berterusan pada setiap minggu di bulan Ramadan mengikut kampung-kampung yang tersenarai. Sasarannya adalah 60 penerima pada setiap minggu.