Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Heret dalang iklan raya judi ke muka pengadilan

180
SHARE

Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang

PAS Pulau Pinang senada dengan Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat, dengan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjenayah video viral iklan raya judi haram online.

PAS Pulau Pinang melahirkan kebimbangan dengan berleluasanya pelbagai insiden menghina Islam ini, menunjukkan sikap tidak sensitif segelintir pihak yang bakal menggugat ketenteraman masyarakat berbilang agama lantas perlunya kepada hukuman dan pengajaran yang setimpal disabitkan.

Kami meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pihak PDRM dan SKMM dalam menyekat dan membanteras sebarang bentuk aktiviti judi haram online yang semakin berleluasa sehingga terang-terangan mempromosikan iklan serta penerbitan yang melanggar kedaulatan undang-undang negara khususnya di media sosial.

PAS Pulau Pinang menyeru semua pihak terutama umat Islam agar sentiasa mengutamakan syariat Islam dalam kehidupan dengan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti judi haram online yang akhirnya mengundang pelbagai masalah sosial dan kecelakaan.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Ir. Ahmad Rafaei Dato’ A Rashid

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang

 

https://www.facebook.com/209205819142774/posts/4002259499837368/