Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 13 maut, 206 kes positif baharu

359
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 13 Sept: Sebanyak 13 kes kematian dan 206 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 13 kes kematian baharu direkodkan hari ini, dua kes dikesan di Daerah Alor Gajah melibatkan mangsa wanita berumur 33 tahun dan mangsa lelaki berumur 69 tahun.

Sembilan kes lagi dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan empat mangsa lelaki berumur 32, 40, 56 dan 76 tahun dan lima mangsa wanita berumur 23, 28, 55, 85 dan 89 tahun.

Sementara dua kes lagi lagi dikesan di Daerah Jasin melibatkan seorang lelaki berumur 102 tahun dan seorang wanita berumur 52 tahun.

Kes positif baharu

Menurut JKN Melaka, daripada 206 kes positif baharu tersebut, 195 kes adalah daripada kategori kes tempatan, satu kes daripada kategori kes import A, lapan kes daripada kategori kes import B dan dua kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 109 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 42 kes di Daerah Jasin dan 55 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 288 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7294 kes masih dirawat dengan 62 kes adalah daripada kes ICU dan 26 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 206 kes hari ini ialah, 20 kes melibatkan kluster kilang; 84 kes melibatkan kontak keluarga; dua kes melibatkan institusi penjara; 17 kes melibatkan tempat kerja (bukan kilang), sementara 68 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Laporan kluster

Satu kluster baharu dikesan hari ini iaitu Kluster Kampung Solok Terentang di Daerah Jasin yang merupakan kluster komuniti melibatkan sebuah komuniti di Mukim Jus, Jasin.

Sebanyak 29 kes positif direkodkan setakat ini dengan punca jangkitan secara sporadik dan telah menular kepada keluarga dan komuniti setempat.

Laporan vaksinasi negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 21.37 juta atau 91.3 peratus rakyat Malaysia dewasa telah mengambil satu doz vaksin sementara 17.18 juta atau 74.3 peratus pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.