Home Berita PAS Selangor

Penduduk disantuni secara ‘drive thru’ di Sungai Choh – PAS Kawasan Hulu Selangor

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

SUNGAI CHOH, 12 September – YDP PAS Hulu Selangor bersama Ketua Cawangan Sg Choh Saudara Zulwafi Bahaudin telah menyampaikan agihan roti Gardenia dan keropok lekor percuma di hadapan Arked Bengkulu, Sungai Choh.

Orang tanya “PAS ada ke di Sungai Choh ?” Ya sudah tentu kami ada.

Sepanjang pandemik Covid’19, PAS Sungai Choh telah melaksanakan beberapa siri sumbangan kepada mereka yang memerlukan sekitar Sungai Choh, mungkin nilai tidak besar tapi mampu serba sedikit meringankan dan ada juga siri bersama-bersama dengan Muafakat Nasional dalam memberikan sumbangan”, katanya.

Alhamdulillah, sebanyak 150 paket telah diagihkan kepada warga Sungai Choh. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PAS Hulu Selangor dan para penyumbang.

Alhamdulillah turut hadir sahabat yang lain dan pemuda PAS Hulu Selangor untuk membantu YDP kita dalam agihan secara pandu lalu.

PAS Hulu Selangor mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada barisan petugas PAS Cawangan Sungai Choh dan para penyumbang yang sudi bersama YDP untuk menyantuni penduduk Sungai Choh.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor