Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 13 kematian, 269 kes positif baharu hari ini

149
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 28 Ogos: Sebanyak 13 kes kematian dan 269 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 13 kes kematian baharu direkodkan hari ini, enam kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, empat kes dikesan di Daerah Alor Gajah tiga kes lagi dikesan di Daerah Jasin.

Secara keseluruhan mangsa kematian terdiri daripada tujuh wanita dan enam lelaki yang berusia antara 17 dan 86 tahun.

Kes positif baharu

Kata laporan itu lagi, daripada 269 kes positif baharu itu, 264 kes adalah daripada kategori kes tempatan, lima kes daripada kategori kes import B, dan tiada kes bagi kes import A atau kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 140 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 84 kes di Daerah Jasin dan 45 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 599 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 8150 kes masih dirawat dengan 80 kes adalah daripada kes ICU dan 21 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 269 kes hari ini ialah, 31 kes melibatkan kluster kilang; 74 kes melibatkan kontak keluarga; tiada kes melibatkan institusi penjara; 15 kes melibatkan tempat kerja bukan kilang; sementara 124 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 14.3 juta rakyat Malaysia telah mengambil satu doz vaksin sementara 19.1 juta pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

KKM juga melaporkan sebanyak 22,597 kes positif baharu, 252 kes kematian baharu dan 19,492 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 268,548 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia hari ini berjumlah 1,685,510 kes.

Selangor pula masih kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 5814 kes, diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 2834 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.