Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 1 kematian, 2 kluster baharu

178
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 19 Mei : Satu kematian dan dua kluster baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKNM, satu kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun daripada Mukim Sungai Rambai, Jasin.

“Kes mempunyai latar belakang Young Parkinson Disease and Depression Secondary to General Medical Condition, wheelchair bound. Sebab kematian ialah Covid-19 positive with superimposed severe sepsis,” kata laporan itu.

Selain itu JKNM turut melaporkan terdapat dua kluster baharu diumumkan hari ini iatu Kluster Jalan Inang dan Kluster Paya Rumput utama.

“Kluster Jalan Inang ialah satu kluster kontak rapat dan kontak sosial komuniti di Daerah Melaka Tengah.

“Punca jangkitan terhadap kes indeks adalah masih dalam siasatan. Seramai 34 orang kontak rapat telah dikesan,” tambah laporan itu lagi.

Kata laporan itu lagi, kluster kedua yang dikesan iaitu Kluster Paya Rumput Utama pula adalah kluster melibatkan tempat kerja yang dikesan di Daerah Melaka Tengah.

“Punca jangkitan terhadap kes indeks adalah masih dalam siasatan. Seramai 49 orang kontak rapat telah dikesan,” tambah kenyataan itu lagi.

Tambah laporan itu, kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Tembok Sungai Udang, Taman Malim Jaya, Pengkalan Batik, Jalan Pokok Mangga, Jalan Melaka Raya, Kota Syahbandar, Jalan Kesidang, Teknologi Ayer Keroh, Kampung Hilir Alor Gajah, Air Budi, Seri Jati, Sebatu, Jalan Emas, Jalan Dahlia Lima, Kopitiam Machap Baru, Jalan PKAK Ayer Keroh, Jalan Limbungan Jaya, Jalan Serkam, Tanjung Rimau, Jalan Semabok dan Kampung Kemuning.

Terdapat pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu 13 kes bagi Kluster Kampung Hilir Alor Gajah; tiga kes bagi Kluster Air Budi dan sembilan kes bagi Kluster Kampung Kemuning.

Mukim-mukim dalam Negeri Melaka yang berada di dalam zon merah hari ini ialah mukim Machap, Sungai Baru Ilir dan Sungai Baru Tengah di Daerah Alor Gajah; mukim Bandar Melaka dan Bukit Katil bagi Daerah Melaka Tengah; sementara bagi Daerah Jasin pula ialah mukim Merlimau dan Sebatu.

Selain itu, menurut laporan itu lagi, sebanyak 122 kes positif baharu dilaporkan JKNM hari ini dengan 115 kes adalah daripada kategori tempatan dan tujuh kes lagi adalah daripada kes import.

Jabatan itu juga melaporkan sebanyak 88 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 948 kes masih dirawat dengan 44 kes adalah daripada kes ICU dan sembilan kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan maklumat mengejutkan dengan 6075 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini yang merupakan kali pertama jumlah kes baharu harian melepasi 6000 kes sehari sejak wabak ini mula dikesan di negara ini.

Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2251 kes diikuti oleh Johor yang mencatatkan 699 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 485,496 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .